Pihak Masjid al-Falah USJ 9 melalui Al-Falah Care USJ 9 (Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Mualaf Masjid al-Falah USJ 9) sentiasa berusaha untuk membantu mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa bagi meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka.
Rakan Kerjasama MAF USJ 9
Al-Falah Care USJ 9 menjalin kerjasama yang erat dengan beberapa premis di sekitar masjid bagi memudahkan urusan agihan keperluan harian.
- Koperasi Kariah Masjid al-Falah USJ 9
- Aisyah Mart USJ 9
- Petronas USJ 9
Rakan Kebajikan MAF USJ 9
Al-Falah Care USJ 9 mempunyai ahli-ahli yang bernaung di bawahnya. Mereka terdiri daripada asnaf zakat LZS atau mereka yang terkesan dengan ekonomi semasa. Ada di antara mereka yang mencuba untuk memohon status sebagai asnaf zakat LZS, namun tidak berjaya kerana tidak memenuhi keperluan minimum asnaf zakat LZS. Jadi, sebagai alternatif untuk mereka, pihak kami menawarkan subdomain khas kepada mereka untuk tujuan pemasaran (marketing) produk mereka.
Makanan dan Minuman
- Restoran Selera Campur-campur USJ 9. Menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Penyediaan makanan adalah makanan panas, tiada nasi campur. Antara menu yang disediakan seperti makanan barat (western) – spaghetti, fries, nugget, nasi ayam, aneka sup dan sebagainya.
- IZ Cafe, Medan Selera USJ 7. Menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Bertemakan nasi campur.
Jahitan
- Kedai Jahit Raja Rizal. Menerima tempahan untuk pelbagai jenis jahitan.