Di Masjid al-Falah USJ 9, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai sebagai Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) yang bertindak sebagai wakil LZS di kariah Masjid (USJ 7 hingga USJ 25). Fungsi beliau adalah untuk mengesahkan, menyiasat dan menyokong setiap permohonan zakat dari ahli kariah MAF USJ 9. Dan pihak beliau akan mengemukakan permohonan pemohon kepada kaunter LZS. Mudah disebut, urusan permohonan zakat boleh sahaja diuruskan di masjid tanpa pemohon perlu ke kaunter LZS di Masjid Darul Ehsan, SS 15, Subang Jaya.
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan zakat dan juga lampiran yang berkaitan di bawah:
1. Permohonan untuk asnaf Fakir dan Miskin
2. Permohonan untuk asnaf Mualaf
Selain dari dua kategori asnaf di atas, pemohon boleh dapatkan borang permohonan di laman sesawang LZS.
Permohonan bantuan yang disediakan untuk Asnaf Fakir Miskin adalah seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan asasi, bantuan sewa rumah, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan sebagainya. Pemohon hendaklah terlebih dahulu disahkan status kewangan sebelum diluluskan untuk menjadi asnaf.
Manakala untuk Asnaf Mualaf, syarat utama adalah mereka memeluk Islam di bawah 5 tahun dan menetap di negeri Selangor sahaja. Pihak KPAK akan memastikan kesahihan maklumat dan fakta pemohon terlebih dahulu sebelum menyokong permohonan pemohon. Mualaf juga digalakkan untuk menyertai Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) yang dikelolakan oleh LZS. MAF USJ 9 juga mempunyai KFAM yang dibimbing oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai.
Bantuan adalah sebagai sokongan sahaja. Tidak perlu berbangga jika menjadi asnaf zakat dan tidak perlu bersedih jika permohonan ditolak. In shaa Allah, rezeki Allah ada di mana-mana. Yang penting adalah Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal.