Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP)

PROSEDUR PERKAHWINAN DI SELANGOR

  1. Pemohon mengisi Borang Benar Nikah Online di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
  2. Dari no 1, pemohon wajib menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di premis yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jika bujang dan belum pernah berkahwin. Jika pernah berkahwin (duda) atau sedang berkahwin (lelaki), hanya perlu sijil nikah atau cerai atau sijil mati pasangan. Jika balu (kematian suami) atau janda (bercerai hidup), pastikan bukan dalam eddah dan perlukan sijil cerai/mati dan sijil nikah sebagai dokumen sokongan.
  3. Dari no 1, pemohon wajib membuat ujian HIV di klinik-klinik kerajaan yang diiktiraf. Samada bujang, dara, duda, janda atau balu.
  4. Sila cetak borang benar nikah online dan hubungi Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) kariah.
  5. Jika pemohon akan melangsungkan perkahwinan di luar daerah atau negeri, borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dibuat dalam DUA (2) set.

KARIAH MASJID AL-FALAH USJ 9

Bermula 2023, kariah Masjid al-Falah USJ 9 adalah bermula dari USJ 7 hingga USJ 15 sahaja. Untuk USJ 1, hendaklah berurusan dengan PPP Masjid al-Irsyad USJ 1 (Ustaz Firdauz Noh), USJ 2 – USJ 6, PPP Masjid al-Mukminun USJ 2 (Ustaz Mohd Hafiz) dan USJ 16 – USJ 25, PPP Masjid al-Madaniah USJ 18 (Ustaz Syukri dan Ustaz Raja Zareeq). Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi terlebih dahulu PPP yang berkenaan sebelum hadir ke masjid untuk berurusan. Tidak digalakkan untuk walk-in kerana PPP bukan sepanjang masa dan hari berada di masjid masing-masing.

PPP Masjid al-Falah
(1) Ustaz Mohd Zuwairi – Ahad & Rabu
(2) Ustaz Muhammad Hakimi – Sabtu & Isnin

KEPERLUAN DI HADAPAN PPP

  1. Pemohon hadir sendiri bersama borang permohonan. Jika perempuan, hadir bersama wali dan juga borang permohonan lelaki yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari pejabat agama daerah masing-masing.
  2. Borang permohonan tidak perlu ditandatangi sebelum berjumpa PPP. Pastikan masa isi borang permohonan, pemohon semak terlebih dahulu sebelum cetak, terutama lokasi majlis akad nikah dan juga maskahwin serta pemberian.
  3. Dokumen sokongan:
    Lelaki:
    Salinan myKad pemohon, myKad pasangan, sijil kursus/sijil cerai/sijil nikah/sijil mati, ujian HIV dan akuan mastautin jika alamat di myKad berbeza dengan alamat tempat tinggal semasa. Jika anggota keselamatan (polis/askar), wajib ada kebenaran dari ibu pejabat masing-masing.
    Perempuan:
    Salinan myKad pemohon, myKad pasangan, myKad wali, sijil kursus/sijil cerai/sijil nikah/sijil mati, ujian HIV dan akuan mastautin jika alamat di myKad berbeza dengan alamat tempat tinggal semasa. Jika anggota keselamatan (polis/askar), wajib ada kebenaran dari ibu pejabat masing-masing.
    *perlu diingat, semua dokumen dibawa bersama yang asli dan salinan tanpa sebarang palang atau contengan.

KEMUDIAN…

Apabila PPP telah mengesahkan dan menyokong permohonan pemohon, pemohon akan menghantar borang BNO ke JAIS Shah Alam untuk permohonan kebenaran berkahwin. Selesai.

Hubungi PPP lokasi tempat akad nikah untuk langkah seterusnya.