Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak Masjid al-Falah USJ 9 melalui Al-Falah Care USJ 9 (Unit Mualaf) membuka peluang kepada non-Muslim (khasnya) dan juga kepada para tetamu yang berminat untuk melawat dan mengunjungi Masjid al-Falah USJ 9. Antara program yang kami tawarkan adalah:
1. Lawatan di dalam bangunan Masjid.
2. Sesi soal jawab.
3. Sesi pembentangan.
4. Jamuan ringan.
Masjid al-Falah USJ 9 mempunyai hiasan dalaman seakan-akan tuan/puan berada di dalam Masjid Nabawi, Madinah.
Buat masa ini, kami membuka hari lawatan pada hari Sabtu sahaja, dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Untuk prosedur pemakaian, kami sarankan supaya para tetamu berpakaian sopan iaitu tidak berseluar pendek dan juga tidak memakai pakaian ketat dan menjolok mata. Untuk tetamu perempuan, digalakkan untuk berselendang atau bertudung (non-Muslim). Untuk tetamu Muslim, prosedur pemakaian adalah seperti yang tertakluk dalam syariat Islam.
Untuk tempahan atau maklumat berkenaan dengan program ini, sila hubungi Ustaz Muhammad Hakimi (Pegawai Masjid merangkap Pegawai Mualaf) di pautan wa.hakiminur.com (mesej teks/suara melalui Whatsapp) untuk tindakan lanjut. Pegawai/Sukarelawan yang akan bertugas terdiri dari pihak Ustaz sendiri ataupun pelajar mualaf Masjid al-Falah USJ 9 sebagai khidmat sosial dari mereka untuk masjid.
Selamat datang ke Masjid al-Falah USJ 9.
Masjid kita, tanggungjawab bersama.
Peace be upon you and please to meet you.
Masjid al-Falah USJ 9 through Al-Falah Care USJ 9 (Convert Unit) opens up opportunities for non-Muslims (in particular) and also for guests who are interested in visiting and visiting Masjid al-Falah USJ 9. Among the programs we offer is:
1. Tour inside the Mosque building.
2. Question and answer session.
3. Presentation session.
4. Light meal.
Masjid al-Falah USJ 9 has an interior decoration as if you are inside the Prophet’s Mosque, Madinah.
For now, we are open for tours on Saturdays only, from 10.00 am to 3.00 pm. For the dressing procedure, we recommend that guests dress modestly, i.e. no shorts and no tight clothing and eye-popping. Female guests, it is encouraged to wear a scarf or hijab (non-Muslim). For Muslim guests, the application procedure is as stipulated in Islamic Sharia.
For reservations or information regarding this program, please contact Ustaz Muhammad Hakimi (Masjid Officer and Convert Officer) at the wa.hakiminur.com link (text/voice message via Whatsapp) for further action. Officers/Volunteers who will be on duty consist of Ustaz himself or converted students of Masjid al-Falah USJ 9 as a social service from them for the mosque.
Welcome to Masjid al-Falah USJ 9.
Our mosque, is a shared responsibility.