[Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 – Masjid Al-Falah USJ 9]
 
Alhamdulillah, pada Ahad, 6 Julai 2025 bersamaan 10 Muharram 1447H, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 Masjid Al-Falah USJ 9 bertempat di Dewan Fatimah Az-Zahra.
 
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa untuk bersama-sama dalam mesyuarat ini.
 
Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberikan kepada barisan AJK dan pegawai masjid untuk terus berkhidmat memakmurkan Masjid Al-Falah.
 
InsyaAllah, segala pandangan, cadangan dan teguran yang diberikan akan kami ambil secara positif dan akan menjadi panduan untuk kami terus menambah baik pengurusan masjid serta memastikan yang terbaik untuk kesejahteraan masjid dan seluruh jemaah.
 
Semoga Allah SWT merahmati usaha kita bersama dalam memakmurkan rumah-Nya.