Antara kemudahan yang ada di Masjid al-Falah USJ 9 adalah Klinik Wakaf An-Nur (KWAN) KPJ yang merupakan kerjasama dari pihak KPJ Healthcare Berhad dengan pihak Masjid Al-Falah USJ 9.
Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah seperti demam biasa, kecederaan ringan, cucian luka, suntikan, masalah pernafasan yang memerlukan nebulizer, melecur tahap pertama (first degree burn), ujian mengandung (UPT), ujian kencing (FEME) dan pengeluaran benang jahitan – dressing (STO). Manakala perkhidmatan yang TIDAK DISEDIAKAN adalah penyakit serius seperti jantung, buah pinggang dan lain-lain, kecederaan parah seperti kecederaan kepala, patah tulang major, kes ibu mengandung dan bersalin, Kes pembedahan yang memerlukan gas anaesthetic, kes keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak, kes serangan fizikal dan rogol, kes cubaan membunuh diri, kes kematian dan kes sawan (epilepsi) dan sawan demam (febrile fits).
Waktu operasi KWAN adalah seperti berikut:
ISNIN HINGGA JUMAAT: 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Rehat ISNIN – KHAMIS 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. JUMAAT 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.
SABTU: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NOMBOR TELEFON :-
03-80813692