Khairat Kematian MAF USJ 9

KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FALAH USJ 9
 
Yuran Keahlian: RM500 (seumur hidup). Bermula 1 Ogos 2024, kami tidak menawarkan lagi keahlian secara tahunan.
 
Sebagai ahli khairat, ahli akan mendapat manfaat:
1) Pengurusan jenazah PERCUMA (di Masjid al-Falah USJ 9 sahaja)
2) Perkhidmatan van jenazah PERCUMA (di dalam kawasan Lembah Klang sahaja)
3) Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sahaja secara PERCUMA

Penggunaan van jenazah keluar dari Lembah Klang diuruskan sendiri oleh ahli keluarga.

TERMA DAN SYARAT SEBAGAI AHLI
1. Pemohon tinggal di dalam kawasan Subang Jaya.
2. Tanggungan pemohon seperti pasangan dan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah yang belum berkahwin. Menantu tidak termasuk. OKU adalah terkecuali.
3. Ibubapa yang tinggal bersama dengan pemohon dikira sebagai tanggungan pemohon.
4. Pemohon dan tanggungan adalah warganegara Malaysia sahaja.
5. Sistem khairat kematian Masjid Al-Falah USJ 9 adalah untuk keluarga, bukan individu.
6. Pengurusan khairat adalah mengikut kaedah tabarru’ (sumbangan). Iaitu sebagai sumbangan untuk pengurusan jenazah. Khairat juga akan menanggung secara percuma pengurusan jenazah untuk ahli Al-Falah Care USJ 9 (Asnaf zakat (samada fakir, miskin atau mualaf), keluarga miskin dan yang berkaitan). Khairat juga tidak akan menuntut bayaran tambahan kepada keluarga si mati jika jumlah kematian keluarga tersebut melebihi seorang.

KOS PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9

Rujuk pejabat Masjid: 03-8011 6949 (waktu pejabat)

PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI KHAIRAT

1)
Muat turun borang, isi secara digital (boleh juga cetak, isi dengan tulisan tangan kemudian imbas) dan hantar kepada kami melalui email rasmi masjid, admin@masjidalfalah.com. Hantar bersama dengan resit pembayaran.

Borang boleh dimuat turun di: Borang Khairat Kematian. Klik kanan pada pautan dan pilih Save As

2)
Isi borang atas talian di daftarkhairat.masjidalfalah.com.

Adalah dimaklumkan juga bahawa Khairat Kematian ini adalah bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka. Antaranya mereka yang menjadi ahli dalam Al-Falah Care USJ 9 (aktiviti kebajikan), asnaf zakat LZS seperti fakir miskin dan mualaf, dan lain-lain mereka yang terlibat. Sistem khairat kami adalah takaful dan tabarru’ (sedekah) tanpa ada pemulangan kembali wang pendaftaran. Tiada konsep keuntungan dalam khairat kami.

Kami juga ada tolak ansur dalam urusan pengurusan jenazah.

SEMAK AHLI KHAIRAT KEMATIAN ANDA!

Akaun untuk pembayaran Khairat Kematian Masjid al-Falah USJ 9

Bank Rakyat
1100 5214 17