Majlis Syahadah & Pendaftaran Pengislaman – Masjid Al-Falah USJ 9
 
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, dua insan telah melafazkan kalimah syahadah dan memeluk Islam dalam Majlis Syahadah dan Pendaftaran Pengislaman yang berlangsung di Masjid Al-Falah USJ 9 baru-baru ini.
 
Kami mengucapkan tahniah dan selamat datang ke dalam keluarga besar Islam kepada saudara baharu kita:
🤍 Abdullah Lim
🤍 Ayaan Gurdash
 
Semoga mereka terus diberi kekuatan, ketenangan dan istiqamah dalam mempelajari dan menghayati ajaran Islam dengan bimbingan dan sokongan komuniti.
 
“Ya Allah, tetapkanlah hati mereka atas jalan Islam dan iman, lapangkanlah dada mereka menerima ilmu, dan jadikanlah mereka insan yang Engkau redai di dunia dan akhirat.” Ameen.
 
Kami di Masjid Al-Falah sentiasa terbuka dan bersedia membantu saudara baru dalam perjalanan mereka mendekati Allah SWT.
 
“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapat petunjuk, Dia akan melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam.”
(Surah Al-An’am, ayat 125)