Al-Falah Care – Laporan Aktiviti Kebajikan (September 2023)

[Al-Falah Care]
23 Rabiulawal 1445H
09 Oktober 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Berikut adalah Laporan Aktiviti Kebajikan yang dilaksanakan oleh Al-Falah Care USJ 9 bagi bulan September 2023M.

PENERIMAAN SUMBANGAN
Alhamdulillah, pihak kami menerima sumbangan barangan keperluan asas dari pelbagai pihak termasuk juga pakaian terpakai. Secara jelas, pihak kami tidak menerima pakaian terpakai. Pakaian terpakai yang ada di dalam simpanan kami adalah sumbangan yang lama.

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan barangan keperluan asas dari tuan/puan sekalian. Antara barangan yang menjadi kebiasaan kami sebagai hamper sumbangan adalah beras (5kg), gula (1kg), gandum, susu tin, sardin, minyak masak, biskut, mee segera, bihun, kicap, sos, teh, kopi dan sebagainya. Barangan ini boleh diserahkan terus kepada kami, atau dimasukkan di dalam kotak kayu yang kami sediakan di hadapan pejabat Al-Falah Care USJ 9.

AKTIVITI KEBAJIKAN
Untuk bulan September, pihak kami telah melaksanakan beberapa program.

  1. Pengurusan jenazah ayah kepada ahli Al-Falah Care USJ 9 pada 22/8/2023. Pihak Masjid al-Falah USJ 9 tidak mengenakan sebarang bayaran pengurusan jenazah kepada ahli Al-Falah Care USJ 9 sebagai salah satu aktiviti kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
  2. Lawatan ke rumah ahli kariah yang ditimpa musibah. Pihak Al-Falah Care USJ 9 melakukan kunjungan ziarah mahabbah ke rumah-rumah para jemaah yang berada dalam kariah Masjid Al-Falah USJ 9 (USJ 7 – USJ 15) yang diuji dengan masalah kesihatan dan keuzuran. Antara jemaah yang kami kunjungi seperti Hj Rahim Surau Nur Hidayah, Hj Halim dan sebagainya. Pihak kami juga menyantuni jemaah dan penduduk dalam kawasan kami yang diuji dengan kematian ahli keluarga dengan menyampaikan sumbangan makanan dan juga air mineral.
  3. Penyampaian bantuan barangan keperluan asas. Untuk rekod bulan September, pihak kami telah menyampaikan sebanyak 20 hamper kepada mereka yang datang ke masjid. Penerima terdiri dari ahli Al-Falah Care, penduduk setempat mahupun yang berada di luar kariah Masjid Al-Falah. Selagi ada stok, selagi itu kami akan salurkan bantuan in shaa Allah. Bulan lepas, kami juga menerima penerima dari Taman Dato Harun, PJ.
  4. Penganjuran siri 1 Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIAU) dengan tajuk Pengurusan Jenazah. Majlis peringkat dalaman yang diuruskan oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (Imam Masjid).

Disediakan oleh:
Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com)

Disahkan oleh:
Tn Hj Abdullah Sani (abdullahsani.masjidalfalah.com)
Ketua
Al-Falah Care USJ 9.