Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H

[Admin]
23 Syawal 1444H
14 Mei 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Tuan/Puan sekeluarga dijemput hadir untuk meraikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H Masjid al-Falah USJ 9 yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga USJ 9.

AHAD, 21 MEI 2023M bersamaan 01 ZULKAEDAH 1444H
9.30 pagi hingga 1.00 petang
Perkarangan Masjid al-Falah USJ 9

Pelbagai menu menarik disediakan untuk tetamu yang hadir seperti nasi beriani, kambing golek, satay, bakso, mee dan kue tiaw goreng, aiskrim, lemang dan sebagainya. Juga aktiviti-aktiviti menarik sepanjang majlis berjalan.

Pihak Masjid melalui Al-Falah Care USJ 9 juga akan membuka masjid untuk lawatan dan ziarah melalui program Mosque Tour Guide yang akan dipimpin oleh para pegawai masjid dibantu oleh pelajar-pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9 dengan 3 bahasa – English, Mandarin dan Tamil.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.