Kunjungan Delegasi Bahagian Kemajuan Institusi Masjid – JAIS Sarawak ke Masjid Al-Falah USJ 9
Alhamdulillah, pada Khamis, 3 Julai 2025 bersamaan 7 Muharram 1447H, Masjid Al-Falah USJ 9 telah menerima kunjungan Delegasi Bahagian Kemajuan Institusi Masjid, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS Sarawak) ke masjid kami.
Dalam sesi ini, pihak masjid telah berkongsi taklimat mengenai:

Sejarah penubuhan Masjid Al-Falah USJ 9

Struktur organisasi & pengurusan pentadbiran dan kewangan masjid

Kemudahan masjid

Aktiviti-aktiviti tetap dan khusus masjid

Jaringan kerjasama masjid dengan agensi & komuniti setempat
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap perkongsian pengalaman serta maklumat yang diberikan dapat memperkukuh hubungan silaturahim antara institusi masjid di seluruh Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada JAIS Sarawak kerana sudi hadir ke Masjid Al-Falah USJ 9. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama dalam memakmurkan rumah Allah dan memperkukuh peranan masjid dalam masyarakat.