[Al-Falah Care USJ 9]
01 Jamadil Awwal 1446H
04 November 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana kami diberikan lagi peluang untuk teruskan program Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIUA) siri ke-6. Walaupun kali ini, kami terpaksa buat di bilik mesyuarat masjid (kerusi di dewan kuliah dalam proses servis dan bersih), namun suasana tetap berkekalan seperti sebelum-sebelumnya.
Sesi kami kali ini dihadiri oleh 2 asnaf, 1 pelajar kelas mualaf dan 3 tetamu. Program kami ini sebenarnya di peringkat awal mengutamakan asnaf zakat LZS dengan objektif untuk merapatkan hubungan masjid dengan mereka (maknanya mereka tidak hanya datang masjid untuk program bantuan sahaja), namun terdapat permintaan dari luar untuk menyertai kami. Jangan risau, kami sentiasa terbuka dan tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk hadir majlis ilmu kami.
Sesi ini, sebelum sesi bacaan iqra, kami buat ulangkaji berkenaan dengan syarat wajib dan sah solat.
Sesi bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Pn Faridah menyediakan roti goreng manakala pn Kasmah menyediakan kuih cawan coklat.