[Admin]
21 Rabi’ul Akhir 1446H
25 Oktober 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Panduan prosedur perkahwinan di Selangor.
1. Mengisi borang di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Pautan: sppim.gov.my. Kemudian cetak tanpa ditandatangan.
2. Menyertai kursus pra perkahwinan (untuk Teruna dan Dara sahaja). Maklumat di SPPIM.
3. Menjalani ujian HIV (Human Immunodeficiency Virus) di klinik kesihatan kerajaan sahaja. Temujanji boleh dibuat di aplikasi MySejahtera sendiri.
4. Menyediakan dokumen sokongan seperti: salinan Mykad lelaki dan perempuan, salinan myKad wali (perempuan), salinan sijil kursus, salinan sijil nikah wali (perempuan), salinan sijil nikah lelaki (poligami), salinan sijil cerai/mati (pemohon yang berkaitan) dan lain-lain yang dirasakan perlu.
5. Menghubungi Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) Masjid Al-Falah untuk tandatangan sokongan permohonan kebenaran berkahwin. Tandatangan mesti dilakukan di hadapan PPP.
Borang Mastautin (borang di dalam SPPIM):
Borang mastautin adalah untuk pemohon yang berbeza alamat rumah semasa dengan alamat rumah di Mykad. Pengesahan mastautin hendaklah dibuat di Pejabat Masjid Al-Falah bersama dokumen sokongan seperti salinan Mykad dan salinan bil utiliti. Pemohon hendaklah tinggal lebih dari 6 bulan di alamat rumah semasa.
Pasukan keamanan (polis dan tentera):
Hendaklah dilampirkan bersama dokumen asal kebenaran berkahwin dari pihak atasan seperi Bukit Aman (polis) atau Kementerian (tentera).
Wali dan wakalah wali:
Sekiranya pemohon mempunyai wali, wali hendaklah hadir bersama di hadapan PPP untuk tandatangan sokongan permohonan. Wakalah wali, sekiranya hari akad nikah, wali tak dapat hadir, maka wali akan wakilkan kepada jurunikah atau sesiapa pun kehendak wali, untuk mewakili wali, menikahkan pemohon perempuan di majlis akad nikah nanti.
Akad nikah di luar daerah Petaling, Selangor:
Jika akad nikah akan dibuat di luar daerah Petaling seperti di Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam dan Sepang ATAU di luar negeri Selangor, borang permohonan dan dokumen sokongan HENDAKLAH dibuat dalam DUA salinan termasuk sijil pra perkahwinan.
Meja Rundingcara Perkahwinan,
Masjid Al-Falah, USJ 9,
Subang Jaya, Selangor.
wa.hakiminur.com