[Al-Falah Care]
21 Rabi’ul Akhir 1446H
25 Oktober 2024H
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Pihak Al-Falah Care USJ 9 ingin mempelawa dan menjemput tuan/puan untuk menikmati hidangan sedap dan lazat di Medan Selera USJ 7, Subang Jaya (https://maps.app.goo.gl/wWgFKKcMJos8GfxR6)yang mempunyai pelbagai jenis gerai, antara gerai makan Sri Intan. Gerai makan nasi campur Sri Intan, sebuah gerai yang antara paling otai dan lejen di medan selera ini, menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan, antara ikan masak asam pedas.
Jemput datang!
Sebagai makluman, Kak Intan adalah ahli Al-Falah Care. Suami beliau, tuan haji Jalil diuji dengan pelbagai jenis penyakit dan telah mendapat status OKU dari pihak JKM. Beliau juga sedang dibantu oleh pihak Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK), Ustaz Muhammad Hakimi (https://wa.hakiminur.com) untuk mendapat bantuan dari pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Di samping Kak Intan, ahli Al-Falah Care yang lain di medan selera tersebut adalah en Ikhsan (EZ Cafe). In shaa Allah, kami akan buat juga video promo untuk EZ Cafe selepas ini sebagai sumbangan sosial dari pihak kami.
Meja Urusan,
Al-Falah Care USJ 9,
Subang Jaya, Selangor.