[Hebahan Kematian]
19 Rabi’ul Awwal 1446H
23 September 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.
—
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
INFO KEMATIAN
Nama: Megat Mustapha Kamal bin Megat Jaafar, USJ 1, Subang Jaya
Tarikh pengurusan jenazah: 20 September 2024M
Jenazah telah diuruskan di Hospital Serdang dan disolatkan di Masjid al-Falah USJ 9 dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Almarhum adalah jemaah Masjid. Jenazah almarhum tiba di Masjid Al-Falah pada jam 9.40 malam dan terus disolatkan dan dibawa ke tanah perkuburan. Urusan pengebumian selesai pada jam 11.45 malam berikutan dengan hujan lebat dan memberi kesan kepada kawasan tanah perkuburan. Antara tetamu iringan untuk urusan pengebumian jenazah selain wakil Masjid (Ustaz Hakimi, En Ainor dan Hj Atan), anggota tentera dari Sentul dan rakan-rakan almarhum.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه، وَأدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Dapatkan maklumat berkenaan Khairat Kematian Masjid al-Falah USJ 9 di https://khairatkematian.masjidalfalah.com