2024.08.24 – Ziarah Asnaf LZS yang ditimpa musibah

[Admin]
24 Safar 1446H
29 Ogos 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Court 6, Subang Jaya – Pihak Al-Falah Care USJ 9 melalui Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) Masjid Al-Falah USJ 9, Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com) telah melakukan ziarah salah seorang asnaf LZS yang ditimpa musibah. Abang Zul, diuji dengan mild-stroke semasa berada di tempat kerja beliau di Hospital Sunway sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Alhamdulillah, kesihatan beliau beransur baik. Tangan kiri beliau sudah boleh digerakkan, tinggal kaki sahaja, kerana terhalang dengan masalah gout.

Di samping beliau, 2 anak beliau juga diuji dengan musibah kemalangan. Kemalangan pertama melibatkan anak kedua beliau, kemalangan motosikal pada awal bulan Ogos dan seterusnya anak ketiga beliau, juga kemalangan motosikal pada pertengahan bulan Ogos.

Pihak AFC USJ 9 telah menyampaikan sumbangan kewangan, hasil sumbangan jemaah dan juga sumbangan group Whatsapp Al-Falah Care USJ 9 kepada mereka sekeluarga bersama dengan sumbangan barangan keperluan asas.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.