Program Pemberian Suntikan Imunisasi Tambahan (Percuma)

[Admin]
18 Safar 1446H
23 Ogos 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, akan mengadakan Program Pemberian Suntikan Imunisasi Tambahan (Percuma) kepada para tetamu yang hadir ke Masjid Al-Falah USJ 9 sebagaimana maklumat di bawah:-

Tarikh: 24 Ogos 2024M bersamaan dengan 19 Safar 1446H
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid Al-Falah USJ 9
Sasaran: Bayi dan kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 7 tahun SAHAJA. Warganegara dan juga bukan warganegara

Ibu/bapa/penjaga dikehendaki membawa bersama:
1. Mykad/Passport/Dokumen Pengenalan Diri Ibu/Bapa/Penjaga
2. Mykid/Sijil lahir/Dokumen Pengenalan Diri Bayi/Kanak-kanak
3. Buku Rekod Kesihatan/Rekod Suntikan Bayi/Kanak-kanak

Tujuan pemberian suntikan imunisasi tambahan ini adalah untuk mencegah penularan penyakit DEMAM CAMPAK dan untuk merangsang sistem daya tahan lawan penyakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Program ini adalah anjuran sepenuhnya KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, dan Masjid Al-Falah hanya sebagai penyedia lokasi sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.