2024.07.13 – Ziarah keluarga Almarhum Pak Surae

[Al-Falah Care USJ 9]
9 Muharram 1446H
15 Julai 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Berita berkaitan: https://masjidalfalah.com/2024/07/09/2024-07-08-pengurusan-jenazah-pak-surae-giman/

Pihak Al-Falah Care USJ 9 (juga bersama Penolong Amil Kariah LZS) yang diwakili oleh Ustaz Hakimi, En Zulkifli dan isteri, Pn Nor serta Pn Fadlina telah menziarahi dan menyantuni keluarga almarhum Pak Surae bin Giman di Court 9 yang telah meninggal dunia pada 08 Julai 2024M. Almarhum telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang telah menginjak remaja. Almarhum merupakan asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor dan telah bersama Al-Falah Care USJ 9 sejak tahun 2022. Almarhum meninggal disebabkan pendarahan dalaman di usus di samping sakit yang lain. Jenazah almarhum dituntut di Hospital Serdang dan kemudian diuruskan di Masjid Al-Falah USJ 9 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Pihak kami menyampaikan sumbangan dari Al-Falah Care USJ 9 dan juga sumbangan peribadi ahli kumpulan Whatsapp Al-Falah Care USJ 9. Kami juga menerangkan berkenaan proses kemaskini bantuan zakat kepada mereka sekeluarga memandangkan balu dan anak almarhum terpaksa berhenti kerja kerana menjaga beliau di hospital sejak bulan Mac 2024 hingga almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti kebajikan kami.

Jika perlukan sebarang maklumat, kami boleh dihubungi di afcusj9.masjidalfalah.com, atau hubungi Hj Abdullah Sani (abdullahsani.masjidalfalah.com) dan Ustaz Hakimi (wa.hakiminur.com) melalui aplikasi Whatsapp.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.