[Al-Falah Care USJ 9]
25 Dzul Qa’idah 1445H
03 Jun 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
Berikut adalah laporan untuk aktiviti Al-Falah Care USJ 9 bagi bulan Mei 2024M.
- Pihak Al-Falah Care USJ 9 menyantuni keluarga pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) yang kematian suami bersama dengan pelajar mualaf yang lain. Juga turut sama menyampaikan sumbangan kepada isteri Almarhum.
- Pihak Al-Falah Care USJ 9 menyantuni keluarga almarhum Mohd Daniel di Putra Heights. Mohd Daniel adalah ahli Al-Falah Care USJ 9 di atas sebab beliau adalah OKU. Pengurusan jenazah beliau juga ditanggung oleh pihak Masjid al-Falah USJ 9.
- Edaran sumbangan bantuan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan ini bergantung kepada stok barangan keperluan asas yang ada di dalam kabin Al-Falah Care USJ 9.
Terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti kebajikan kami. Untuk sebarang maklumat, boleh melayari laman rasmi kami di afcusj9.masjidalfalah.com.
Sumbangan kepada kami boleh disalurkan melalui QR code di poster atau kepada akaun operasi Masjid, 12065010009005 (Bank Islam) dan tulis Ref: Kebajikan.
“Membangun Harapan Bersama”
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Tn Hj Abdullah Sani: abdullahsani.masjidalfalah.com
Muhammad Hakimi: wa.hakiminur.com