[Al-Falah Care USJ 9]
27 Syawwal 1445H
06 Mei 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Alhamdulillah, pada 02 Mei 2024M, pihak Al-Falah Care USJ 9 berjaya menganjurkan majlis jamuan raya kepada jemaah Masjid Al-Falah USJ 9. Menu utama iaitu sup bebola daging (bakso) disediakan oleh pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid Al-Falah di samping menu sampingan seperti sandwich, kuih ketayap, kuih karipap, kuih apam gula hangus, kuih popia sira, kek cawan (cup cake), agar-agar, creampuff dan marble cake sumbangan dari ahli Al-Falah Care USJ 9.
Jamuan ini diadakan sebagai ucapan terima kasih kepada Jemaah Masjid yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti kebajikan kami untuk mereka yang memerlukan. Di samping merealisasikan matlamat kami “Membangun Harapan Bersama”.
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan samada idea, cadangan atau wang ringgit untuk sama-sama membantu mereka dan meringankan beban yang dialami oleh mereka.
Website kami: afcusj9.masjidalfalah.com
Hubungi kami: Tn Hj Abdullah Sani (abdullahsani.masjidalfalah.com) Ustaz Muhammad Hakimi (wa.hakiminur.com).