2024.04.20 – Pengislaman Kesebelas

[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
11 Syawal 1445H
20 April 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pasca Aidilfitri di bulan Syawal, pihak PPPM menerima permohonan pengislaman kesebelas bagi tahun 2024. Pemohon perempuan, tinggal di Subang Jaya (SS).

Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan beliau.

Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman beliau di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya beliau akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Beliau juga telah diterangkan berkenaan dengan pendaftaran asnaf mualaf dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan bantuan zakat dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman beliau.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.