[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
27 Ramadan 1445H
07 April 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Berkat Ramadan, pihak PPPM menerima permohonan pengislaman kesembilan bagi tahun 2024. Pemohon lelaki, tinggal di dalam kariah Masjid Al-Falah USJ 9.
Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan beliau.
Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman beliau di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya beliau akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Beliau juga telah diterangkan berkenaan dengan pendaftaran asnaf mualaf dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan bantuan zakat dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman beliau.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).