[Al-Falah Care USJ 9]
28 Ramadhan 1445H
08 April 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.
Pihak Al-Falah Care USJ 9 (Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid Al-Falah USJ 9) berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan penyumbang yang menyumbang untuk program Jariah Ramadhan 1445H dan Kembali Ke Sekolah 2024M pada bulan Ramadan kali ini.
Sebagai rekod, pihak Al-Falah Care USJ 9 telah menerima jumlah sumbangan sebanyak RM25,168 dari pihak tuan/puan yang terdiri daripada sumbangan individu, sumbangan jemaah solat terawih, jemaah Muslimat dan pihak-pihak lain. Sumbangan berbentuk fizikal pula iaitu barangan keperluan asas, kami telah menerima dari pihak Jakel sebanyak 300 set dan pihak Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah sebanyak 75 set. Penerima yang menerima manfaat dari program kebajikan kami ini adalah terdiri daripada keluarga asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor, keluarga miskin (tidak lulus penapisan asnaf LZS), mualaf yang belajar di Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid Al-Falah USJ 9, anak-anak yatim dan OKU.
Semoga dengan sumbangan ini, dapat menggembirakan & menceriakan mereka sekeluarga sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Kami mewakili pasukan Al-Falah Care USJ 9 sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua dan kami juga mendoakan agar segala amalan baik kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
Dari,
Tuan Haji Abdullah Sani (abdullahsani.masjidalfalah.com)
Puan Hajah Ruhana (ruhana.masjidalfalah.com)
Ustaz Muhammad Hakimi (wa.hakiminur.com)
Al-Falah Care USJ 9.