Program di Masjid Al-Falah USJ 9 sempena Nuzul Al-Quran

[Admin]
16 Ramadan 1445H
27 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Masjid Al-Falah USJ 9 mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke program yang diatur oleh pihak Masjid sempena dengan cuti umum Nuzul al-Quran 1445H, iaitu pada hari Khamis 28 Mac 2024M bersamaan dengan 17 Ramadan 1445H.

  1. Kuliah Subuh Khas.
    Bual Bicara: Al-Quran Syafaat Buat Diriku.
    Oleh: Dr Muhammad Hafiz bin Saleh (Pensyarah Kanan USIM, Nilai) dan Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani (Imam Masjid Tunku Mizan, Putrajaya)
  2. Tadarrus Al-Quran Harian
    8.30 pagi hingga 9.30 pagi
    Mengikut kumpulan masing-masing.
  3. Majlis Bacaan 30 Juz Al-Quran dan Khatam
    9.45 pagi hingga 10.25 pagi
    Dipimpin oleh Imam Masjid Al-Falah USJ 9
    Muslimin dan Muslimat digalakkan berpakaian PUTIH.
  4. Kuliah Dhuha Khas
    Mencari Imtinan Hafiya
    Oleh: Tuan Guru Sheikh Zainul Asri
    10.30 pagi
    Dewan Fatimah Az-Zahra
  5. Kuliah Zohor Khas
    Tazkirah sempena Nuzul Al-Quran
    Oleh: Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)

Kesemua program di atas adalah berbentuk umum kecuali Tadarrus Al-Quran Harian yang telah ditentukan mengikut kumpulan masing-masing.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Masjid Kita Tanggungjawab Bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.