2024.03.22 – Khutbah Khas Sempena Hari Polis ke-217

[Admin]
12 Ramadan 1445H
23 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

22 Mac – Bersempena dengan sambutan Hari Polis Malaysia ke-217 pada 25 Mac setiap tahun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Subang Jaya telah berbesar hati memilih Masjid Al-Falah USJ 9 sebagai masjid pilihan untuk penyampaian khutbah khas yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tajuk khutbah adalah Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Ramadan Dihayati, Keamanan Disyukuri disampaikan oleh Tuan Azhar (gambar atas, tengah). Manakala tazkirah zohor disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin (https://www.facebook.com/pamiesz). Imam bertugas untuk solat Jumaat adalah Ustaz Mohd Zuwairi.

Solat Jumaat hari ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi PDRM Subang Jaya.

Turut sama terlibat, pasukan Amanita PDRM (https://www.rmp.gov.my/program-pdrm/amanita) yang mengedarkan pamplet berkaitan dengan keselamatan dan keamanan masyarakat terutama untuk kaum wanita.

Masjid kita tanggungjawab bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.