2024.03.12 – Pengislaman Kelima dan Keenam

[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
01 Ramadan 1445H
12 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Berkat Ramadan, pihak PPPM menerima permohonan pengislaman kelima dan keenam bagi tahun 2024. Pemohon; lelaki dan perempuan. Seorang (Sabah) tinggal di KL manakala seorang lagi (Sarawak) tinggal di Petaling Jaya. Jauh berkelana dari sana, hadir ke USJ untuk proses syahadah.

Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan mereka.

Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman mereka di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya mereka akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Mereka juga telah diterangkan berkenaan dengan pendaftaran asnaf mualaf dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan bantuan zakat dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman mereka.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.