Terima kasih Jutawan Akhirat

[Admin]
08 Ramadan 1445H
19 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak Masjid Al-Falah USJ 9 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jemaah solat Terawih khususnya dan jemaah masjid amnya atas kemurahan hati tuan/puan turut serta dalam kutipan khas untuk:
1) Al-Falah Care untuk keluarga asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor, keluarga miskin, anak yatim, OKU dan mualaf pada 14 dan 15 Mac 2024M.
2) Kehidupan Untuk Gaza pada 18 Mac 2024M.

Untuk sumbangan bantuan dan duit raya kepada Al-Falah Care, pihak Al-Falah Care telah melaksanakan sumbangan duit raya kepada anak yatim dan OKU pada 16 Mac 2024M. Manakala penerima yang lain, di dalam perancangan.

Untuk sumbangan Kehidupan Untuk Gaza, pihak Masjid telah menyampaikan jumlah penuh kepada wakil yang dilantik di Palestin.

Tahniah kepada tuan/puan kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.