Kutipan Khas Terawih 14 dan 15 Mac 2024

[Al-Falah Care USJ 9]
03 Ramadan 1445H
14 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Adalah dimaklum bahawa Kutipan Sebelum Solat Sunat Terawih pada malam ini, 14 Mac 2024 dan esok, 15 Mac 2024 adalah untuk sumbangan kepada keluarga asnaf zakat, keluarga miskin, anak yatim, OKU, mualaf dan lain-lain untuk projek kebajikan Al-Falah Care USJ 9, JARIAH RAMADAN 1445H.

Untuk sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan OKU, majlis penyampaian akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Mac 2024 di Dewan Solat Utama, sebelum solat fardhu Isyak.

Untuk bantuan keluarga, pihak kami akan buat secara pindahan bank sahaja tanpa menganjurkan sebarang majlis.

Untuk mualaf, satu program khas “Manifestasi Puasa” akan dianjurkan pada 6 atau 7 April di Dewan Fatimah az-Zahra sebelum berbuka puasa.

Jika tuan/puan tidak dapat hadir malam ini atau esok, sumbangan boleh disalurkan melalui QR Code Khas untuk Kebajikan seperti yang tertera di poster.

Semoga Allah SWT mengganjari tuan/puan dengan ganjaran berlipat kali ganda, lebih-lebih lagi jika bersedekah di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Masjid Kita Tanggungjawab Bersama.
Membangun Harapan Bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.