2024.03.07 – Pengislaman Keempat

[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
26 Syaaban 1445H
07 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak PPPM menerima permohonan pengislaman keempat bagi tahun 2024. Saudara, juga berasal dari bumi Sarawak, tinggal bersama ibunya dan sepupunya di daerah Petaling. Ibunya telah lama memeluk Islam, kemudian tahun 2022, sepupunya juga memeluk Islam.

Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan beliau.

Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman beliau di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya beliau akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Beliau juga telah diterangkan berkenaan dengan pendaftaran asnaf mualaf dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan bantuan zakat dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman beliau.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.