2024.03.03 – Mesyuarat dan Ramah Mesra bersama Surau-surau

[Admin]
24 Syaaban 1445H
05 Mac 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Masjid Al-Falah USJ 9, 03 Mac 2024 – Pihak pengurusan Masjid Al-Falah USJ 9 telah menganjurkan satu mesyuarat dan ramah mesra dengan wakil-wakil surau yang berdaftar dengan JAIS yang bernaung di bawah Masjid Al-Falah USJ 9.

Antara pengisian program adalah, pengenalan Ahli Jawatankuasa baru Masjid kepada wakil surau, pembentangan prosedur pengurusan surau dan sesi soal jawab. Antara soalan yang ditanya adalah, bagaimana pengurusan surau ingin keluarkan penyata kewangan rasmi sedangkan jawatan mereka adalah sukarela sahaja. Jawapan Tan Sri sebagai Nazir, buat ikut kemampuan sahaja. Juga ditanya berkenaan dengan proses baikpulih surau. Jawapan dari Setiausaha Agung Masjid, Masjid boleh keluarkan surat sokongan untuk dipanjangkan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor ataupun dengan Tijari.

Program ditutup dengan penyampaian sumbangan untuk persediaan Ramadan kepada setiap surau.

Masjid kita tanggungjawab bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.