[Al-Falah Care USJ 9]
21 Syaaban 1445H
02 Mac 2024M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dikurniakan kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Al-Falah Care USJ 9 mengajak tuan/puan para dermawan sekalian untuk bersama-sama kami membantu mereka yang memerlukan sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi.
Program Pencarian Jutawan Akhirat ini bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan sebagai Bantuan, Sumbangan dan Duit Raya kepada mereka yang berada senarai kebajikan kami sebagai salah satu dari aktiviti Jariah Ramadan 1445H.
Sumbangan boleh disalurkan mereka imbasan kod QR di poster atau secara pindahan wang ke akaun Masjid Al-Falah USJ, 1206 5010 009 005 (Bank Islam Malaysia Berhad). Pastikan tuan/puan menulis Kebajikan di bahagian Ref: untuk tujuan kami. Jika tanpa Ref:, kesemua sumbangan akan direkodkan sebagai sumbangan untuk Operasi Masjid.
Semoga dengan segala sumbangan tuan/puan, Allah SWT permudahkan dan lapangkan segala urusan tuan/puan sekeluarga.
Masjid kita tanggungjawab kita.
Membangun harapan bersama.