2024.02.14 – Majlis Berbuka Puasa Sunat bulan Syaaban 1445H

[Admin]
04 Syaaban 1445H
14 Februari 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Masjid Al-Falah USJ 9 berbesar hati menjemput dan mempersilakan tuan/puan untuk berbuka puasa di Masjid Al-Falah USJ 9 sempena puasa sunat Isnin dan Khamis sepanjang bulan Syaaban 1445H.

Jika tuan/puan berminat untuk menaja atau menyumbang untuk program berbuka puasa ini, boleh berbuat demikian di pejabat Masjid atau melalui pindahan wang ke akaun Operasi Masjid Al-Falah USJ 9, 12065010009005 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan nyatakan di Ref (Rujukan): Berbuka puasa.

Untuk program berbuka puasa sempena Ihya Ramadan 1445H juga, kami sudah membuka tajaan. Boleh tulis nama tuan/puan di papan putih di foyer masjid.

Terima kasih.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.