2024.01.30 – Haflah Al-Quran

[Admin]
18 Rajab 1445H
30 Januari 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Masjid Al-Falah USJ 9 mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke program Haflah Al-Quran di Masjid Al-Falah yang akan berlangsung pada 30 Januari 2024M sesi kuliah Maghrib di Dewan Solat Utama Masjid.

Program yang membariskan para qari terkemuka di tanahair seperti Ustaz Dr Anuar Hasin (https://www.facebook.com/dranuarhasin) iaitu Johan Qari peringkat Kebangsaan 2013, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali (https://www.facebook.com/ustazahmadtirmizihjali), Johan Qari peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2014, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi (https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi), Timbalan Dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan penampilan khas kumpulan Maqori.

In shaa Allah, pihak Masjid juga akan menyediakan sedikit jamuan ringan untuk jemaah yang hadir selepas program berakhir.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.