2024.01.29 – Pengislaman kedua

[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
2024.01.29
Pengislaman kedua bagi tahun 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak PPPM menerima permohonan pengislaman kedua bagi tahun 2024. Saudara, juga dari bumi Sarawak, telah lama berada di bumi Semenanjung. Terima kasih kepada Tuan Nazir Masjid, Tan Sri Dato Seri Syed Zainal Abidin yang sudi meluangkan masa untuk menyaksikan majlis pengislaman ini.

Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan beliau.

Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman beliau di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya beliau akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Beliau juga telah diterangkan berkenaan dengan pendaftaran asnaf mualaf dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan bantuan zakat dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman beliau.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.