#GengSubuhMacamJumaat Sabtu 27 Jan 2024M

[Admin]
13 Rajab 1445H
25 Januari 2024M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak Masjid Al-Falah USJ 9 menjemput dan mengalu-alukan kehadiran tuan/puan untuk mendirikan solat fardhu secara berjemaah di Masjid Al-Falah.

Sehubungan dengan itu, untuk meraikan jemaah masjid, Masjid Al-Falah akan menyediakan sarapan pagi istimewa, Char Kuey Tiaw yang digoreng panas-panas pada waktu pagi selepas kuliah Subuh, Sabtu 27 Januari 2024M nanti. Bergabung pula dengan penceramah selebriti, Ustaz Dr Roslan Mohamed (https://www.facebook.com/UstazRoslanMohamed) .

Ayuh tuan/puan, kita berjemaah di Masjid.

#GengSubuhMacamJumaat
#JomSolatJemaah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.