2024.01.15 – Pengislaman pertama

[Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS]
2024.01.15
Pengislaman pertama bagi tahun baru 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak PPPM menerima permohonan pengislaman pertama bagi tahun 2024. Saudari dari bumi Sarawak, hampir 9 tahun berada di bumi Semenanjung.

Sama-sama doakan kemudahan dan kelapangan urusan beliau.

Tugasan di pihak PPPM selepas ini adalah menguruskan borang pengislaman beliau di ibu pejabat MAIS (Bahagian Mualaf) di Klang, seterusnya beliau akan mengambil kad Islam di pejabat Masjid Al-Falah. Beliau juga telah diterangkan berkenaan dengan saguhati pengislaman dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan juga Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) di kawasan berhampiran dengan kediaman beliau.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.