Kalendar 2024

[Al-Falah Care USJ 9]
09 Jamadilakhir 1445H
22 Disember 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Dengan izin Allah SWT, pihak Al-Falah Care USJ 9 berjaya menerbitkan kalendar 2024 untuk edaran kepada jemaah Masjid Al-Falah khasnya dan untuk awam, amnya. Matlamat utama projek kalendar ini adalah untuk menjana kewangan bagi aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh Al-Falah Care USJ 9 untuk tahun 2024 nanti, in shaa Allah. Terima kasih kepada rakan kerjasama strategik kami kerana menaja projek kami ini sepenuhnya. Projek ini adalah tajaan dari rakan kerjasama kami tanpa melibatkan duit tabung kebajikan.

Kalendar ini kami letakkan di setiap pintu masuk masjid (jumlah adalah terhad). Jika ingin dapatkan sendiri, mohon untuk hubungi kami. Kami ada menyimpan sedikit untuk aktiviti kebajikan kami sebelum berakhir 2023 nanti.

Jika tuan/puan berhajat untuk menyumbang kepada kami untuk aktiviti kebajikan kami, boleh buat pindahan bank ke:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
1206 5010 009 005
MASJID AL-FALAH USJ 9
(Mohon tulis di Description: Kebajikan)

Antara aktiviti kebajikan yang dirancang:
BERKALA
Program Kembali Ke Sekolah (KKS)
Program Jariah Ramadan 1445H
Program Jariah Syawal 1445H
Program Jariah Zulhijjah 1445H
Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIUA)

SEPANJANG MASA
Sumbangan barangan keperluan asas

Untuk pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh hubungi:
Tuan Haji Abdullah Sani (abdullahsani.masjidalfalah.com)
Muhammad Hakimi Mustapai (wa.hakiminur.com)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.