Al-Falah Care: Kursus Pemasaran Atas Talian (MIAU #3)

[Al-Falah Care USJ 9]
04 Jamadilawal 1445H
18 November 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Alhamdulillah, Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIAU) siri ke-3 berjalan dengan lancar. Mencatat kehadiran lebih ramai berbanding dengan siri pertama dan kedua, program bermula dengan sarapan pagi yang disumbangkan oleh para asnaf yang berniaga untuk dinikmati bersama. Bihun goreng, karipap berintikan kentang penuh tanpa oksigen, donut yang berlubang di tengah, kek, tart dan sebagainya sebagai bekalan untuk mendengar bebelan dan celoteh semasa pembentangan nanti.

Seperti siri-siri sebelumnya, pengisian juga disampai oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai sebagai Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) LZS dan juga pegawai masjid serta Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) Masjid Al-Falah USJ 9.

Siri kali ini bertajuk: Pemasaran atas talian (Online Marketing) untuk para asnaf mengambil manfaat bagi menambahkan hasil perniagaan masing-masing.

Peserta yang hadir juga dihadiahkan sehelai mafla Palestin hadiah dari para jemaah Masjid yang prihatin. Semoga Allah menambahkan rezeki dan nikmat kepada para penyumbang.

Program berakhir pada jam 11.45 pagi dan acara penutup, peserta dibawa ke pejabat Al-Falah Care USJ 9 untuk menerima sumbangan hadiah kehadiran berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak dan sebagainya.

Terima kasih kepada yang hadir.
Terima kasih kepada para penyumbang.
Terima kasih kepada para pendokong dan penyokong.
Semoga Allah merahmati kita semua.

Masjid kita tanggungjawab bersama.

Antara teknik pemasaran yang dikongsi:

One Comment

  1. Pingback:2023.11.18 – Program Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIUA) #3 – hakimi^nur

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.