Al-Falah Care: Bengkel Keluarga Bahagia

[Al-Falah Care USJ 9]
17 Rabiulakhir 1445H
01 November 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.


Alhamdulillah, pihak Al-Falah Care USJ 9 dapat menganjurkan program Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIAU) siri ke-2, Bengkel Keluarga Bahagia, program tertutup untuk ahli Al-Falah Care USJ 9. In shaa Allah, siri-siri seterusnya akan dianjurkan setiap bulan selepas ini.

Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hakimi (Pegawai Masjid merangkap Ketua Penolong Amil Kariah LZS) bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Selain dari pembentangan slide, program ini juga menyediakan meja agihan pakaian terpakai yang ada dalam kabin kami dan juga khidmat nasihat pengisian borang permohonan bantuan zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Selesai majlis, sebagai saguhati kepada peserta yang hadir, kami hadiahkan barangan keperluan asas untuk keperluan mereka sekeluarga.

Taburan peserta:
Asnaf Fakir Miskin LZS: 3 keluarga
Bukan Asnaf: 1 keluarga
Mualaf dan juga pelajar KFAM Masjid al-Falah: 6 orang

Jumpa lagi untuk Majlis Ilmu Untuk Asnaf siri ke-3 nanti, in shaa Allah!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti kebajikan kami.

Untuk menyumbang kepada aktiviti kami, boleh buat pindahan bank ke
Akaun Operasi Masjid Al-Falah USJ 9
12065010009005
Ref: Kebajikan
(boleh whatsapp resit transaksi ke wa.hakiminur.com untuk rekod kami)

Masjid Kita Tanggungjawab Bersama.

One Comment

  1. Pingback:2023.11.18 – Program Majlis Ilmu Untuk Asnaf (MIUA) #3 – hakimi^nur

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.