Al-Falah Care USJ 9: Program Berkhatan 2023

[Al-Falah Care USJ 9]
17 Rabiulakhir 1445H
01 November 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Masjid Al-Falah USJ 9 menjemput dan mengalu-alukan tuan/puan yang mempunyai anak lelaki berumur di antara 5 tahun hingga 12 tahun untuk menyertai PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2023 seperti berikut:

Tarikh: 16 Disember 2023
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Klinik Wakaf An-Nur KPJ, Masjid al-Falah USJ 9
Yuran: RM160.00

Antara pengisian hari program adalah seperti siraman air bomba, perarakan selawat, pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya. Tenaga perubatan adalah dari pihak KPJ Healthcare Sdn Bhd. Jangan risau dan jangan bimbang.

Jika berminat, sila isi borang atas talian di khatan2023.masjidalfalah.com. Penyertaan terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Untuk bayaran yuran penyertaan, boleh buat pindahan bank ke akaun Operasi Masjid Al-Falah USJ 9, 12065010009005 (Bank Islam) dan Ref: Khatan2023.

Jika ada di antara tuan/puan yang ingin menyumbang atau menaja peserta (memandangkan ada peserta kami dari kalangan ahli Al-Falah Care USJ 9: Kumpulan bantuan kebajikan masjid), boleh letakkan Ref:SumbanganKhatan dan whatsapp bukti transaksi kepada Muhammad Hakimi (wa.hakiminur.com). Terima kasih atas sumbangan tuan/puan, semoga Allah mengurniakan ganjaran berlipat kali ganda kepada tuan/puan dan keluarga.

Nota: Setakat ini, penyertaan adalah seramai 8 orang. Jadi, baki peserta adalah seramai 12 orang sahaja lagi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.