2023.10.13 – Kutipan Khas Untuk Palestin

[Admin]
29 Rabiulawal 1445H
15 Oktober 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Palestin diuji sekali lagi. Contoh sumber (https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Israel%E2%88%92Palestin_2023). Tuan/puan boleh merujuk sumber-sumber premier atau sekunder yang lain untuk bacaan bersama.

Mengambil peluang dengan penganjuran Karnival Maulidur Rasul dan sambutan Jubli Perak Masjid Al-Falah USJ 9, pihak masjid menjalankan kutipan tabung bergerak sebelum solat fardhu Jumaat pada 13 Oktober 2023M dan merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM11,187 (serta 62 Dolar Singapura) untuk sumbangan kepada Palestin.

Sumbangan akan disalurkan melalui rakan strategik kami iaitu pihak MAPIM.

Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melipatgandakan rezeki para penyumbang dan mengurniakan kesihatan dan kebahagian kepada para penyumbang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.