[Admin]
15 Rabiulawal 1445H
01 Oktober 2023M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
JEMPUTAN KARNIVAL MAULIDUR RASUL MASJID AL-FALAH USJ 9
Nazir dan semua AJK Masjid Al-Falah USJ 9 menjemput seluruh warga Malaysia untuk menghadiri Karnival Maulidur Rasul Masjid Al-Falah USJ 9 yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh: 13 – 15 Oktober 2023
Hari: Jumaat – Ahad
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat: Masjid Al-Falah USJ 9
Karnival yang bertemakan “Rasulullah Always In My Heart” diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul dan Jubli Perak Masjid Al-Falah USJ 9.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti Tanyalah Ustaz, Al-Falah Quran Hour, Malam Keseniaan Islam, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Azan, Jualan Buku, demonstrasi memasak dan memanah dan aktiviti-aktiviti lain untuk muslimat, anak muda dan kanak-kanak.
Lebih 60 buah gerai menjual pelbagai barangan dan makanan termasuk food truck disediakan.
Promosi kemudahan lain untuk pengunjung akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Anda dijemput datang beramai-ramai ke Karnival ini.
Sila hebahkan kepada seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.
JOM HADIR!
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan karnival, boleh menghubungi pejabat Masjid (03-8011 6949) atau emelkan kepada admin@masjidalfalah.com. Atau melalui nombor telefon yang ada di dalam poster rasmi.
PERTANDINGAN MUAZZIN CILIK
Assalamualaikum wbt.
Pihak Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya (MAFUSJ9) dengan kerjasama Synergi Ilmu akan menganjurkan pertandingan MUAZZIN CILIK 2023 bersempena dengan SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN JUBLI PERAK MASJID AL FALAH USJ 9 “RASULULLAH ALWAYS IN MY HEART” yang akan diadakan pada:
🔊Tarikh: 15 Oktober 2023 (Ahad)
🔊Masa: 8.00am – selesai
🔊Tempat: Dewan Fatimah Az – Zahra’
🔔Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 Oktober 2023
PENYERTAAN ADALAH TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA
🔆JOHAN PERTANDINGAN BERPELUANG MEMENANGI HADIAH MISTERI
Bersama-sama ini syarat pertandingan dan maklumat pertandingan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
BILAL HAFIZAL : 017-334 1862
BILAL HAFIZUL : 019-296 6087
Sila isi Form ini Untuk Pendaftaran: https://forms.gle/mp6HH2t2zEopzfaP6
MOH DOGHEH