[Al-Falah Care USJ 9]
13 Safar 1445H
30 Ogos 2023M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Pihak Al-Falah Care USJ 9 yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Sani mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang banyak membantu dalam projek kebajikan kami terutama dalam bab kewangan. Berikut adalah laporan untuk bulan Ogos 2023 untuk rujukan dan makluman pihak tuan/puan.
- Bantuan Tabung Kebajikan 2 Beradik. Pihak kami bekerjasama dengan Restoran Selera Campur-Campur USJ 9 yang juga diusahakan oleh pelajar mualaf Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9. 2 beradik ini adalah Muslim dan ditinggalkan oleh ibubapa mereka.
- Bantuan Kemalangan Adik Rayyan. Adik Rayyan merupakan anak kepada ahli Al-Falah Care USJ 9. Kemalangan ketika pergi ke sekolahnya. Mengalami kecederaan serius iaitu patah paha kanan.
- Bantuan Pengurusan Jenazah untuk En Wahid, ayahanda kepada ahli Al-Falah Care USJ 9. Kerjasama sepenuhnya dari Biro Pengurusan Jenazah, Masjid al-Falah USJ 9. Sebagai ahli Al-Falah Care USJ 9, kami akan menampung kos perbelanjaan pengurusan jenazah di Masjid al-Falah.
- Bantuan Pengurusan Jenazah untuk En Muhammad. Arwah merupakan suami kepada pelajar KFAM Masjid al-Falah USJ 9. Walaupun arwah merupakan ahli khairat kematian masjid yang ditanggung sepenuhnya oleh khairat kematian masjid, pelajar mualaf sebagai wakil Al-Falah Care USJ 9 mengambil inisiatif menyantuni dan memberikan sokongan kepada balu arwah sebagai sokongan dari warga masjid.
Untuk urusan permohonan bantuan zakat, boleh terus berhubung dengan Ustaz Muhammad Hakimi (wa.hakiminur.com).
Pihak kami mengalu-alukan sumbangan kewangan dari tuan/puan bagi membantu kami terus menghulurkan tangan kebajikan untuk meringankan beban mereka yang diuji dengan musibah. Semoga segala sumbangan tuan/puan diganjari oleh Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda dan juga segala urusan kehidupan tuan/puan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun operasi Masjid, 12065010009005 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan menulis di Ref: Kebajikan. Jika tiada rujukan, semua sumbangan adalah untuk tujuan pengoperasian Masjid.
“Masjid kita, tanggungjawab bersama”
Laporan oleh:
Muhammad Hakimi bin Mustapai
Al-Falah Care USJ 9.