Sambutan Tahun Baru Hijrah 1445H

[Admin]
23 Zulhijjah 1444H
12 Julai 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam hendaknya, in shaa Allah.

Bersempena dengan kehadiran Tahun Baru Hijrah 1445H, Masjid al-Falah USJ 9 akan menganjurkan Forum Perdana Tahun Baru Hijrah yang bertajuk: Hijrah Menginsafi Kesalahan pada hari Rabu, 19 Julai 2023M selepas solat fardhu Maghrib di Dewan Solat Utama, Masjid al-Falah USJ 9.

Ahli panel yang akan mengisi forum tersebut adalah SS Prof Madya Dato Dr Luqman bin Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan) dan Al-Fadhil Dr Mohd Hapiz bin Mahaiyadin (Pensyarah UiTM Shah Alam) manakala moderator forum adalah al-Fadhil Dr Syed Shahridzan bin Syed Mohamed (Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.