[Al-Falah Care USJ 9]
21 Zulhijjah 1444H
10 Julai 2023M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Pihak Al-Falah Care USJ 9 (nama asal bagi Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Mualaf Masjid al-Falah USJ 9) telah menerima satu permohonan kebajikan untuk membantu 2 beradik Muslim yang dijaga oleh oleh seorang penduduk USJ 9. Ibubapa mereka berdua hilang tanpa jejak. Ada beberapa perkara untuk dibantu namun kami berpendapat kemampuan kami adalah hanya dari sudut menyediakan makanan kepada mereka dengan kerjasama dari Selera Campur-Campur (SCC) USJ 9. Pemiliknya adalah pelajar mualaf untuk Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah. Kami ingin mengajak dan menyeru tuan/puan para dermawan untuk bersama-sama kami menjayakan projek ini dengan menyalurkan sumbangan ke akaun operasi Masjid al-Falah USJ 9, 1206 5010 009005 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan meletakkan di Ref (rujukan): Kebajikan. Semoga Allah SWT membalas segala sumbangan tuan/puan.
Nota: Jika pihak tuan/puan berminat untuk salurkan terus kepada pihak SCC, boleh berhubung dengan Ustaz Hakimi (wa.hakiminur.com) atau terus ke lokasi mereka.
Sekian. Terima kasih.
Haji Abdullah Sani
Ketua
Al-Falah Care USJ 9