Almari Keperluan Asas

[Al-Falah Care USJ 9]
21 Zulhijjah 1444H
10 Julai 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.

Pihak Al-Falah Care USJ 9 (nama asal bagi Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Mualaf Masjid al-Falah USJ 9) ingin mengajak dan menyeru tuan/puan para dermawan untuk bersama-sama kami menjayakan projek Almari Keperluan Asas yang disediakan di pejabat Al-Falah Care (kontena @parking). Antara barangan keperluan asas yang menjadi keutamaan kami adalah seperti beras, bihun, gula, gandum, kicap, sos, sardin, susu, teh, kopi dan sebagainya.

Tuan/puan boleh meletakkan sumbangan tuan/puan di pejabat kami samada dalam bentuk set atau secara pukal.

Hantaran ini untuk hebahan pengumpulan barangan keperluan asas sahaja. Jika tuan/puan di kalangan yang memerlukan, sila hadir ke pejabat masjid. Bantuan bergantung kepada stok yang ada sahaja.

Untuk sumbangan kewangan, boleh dibuat melalui pindahan bank ke akaun operasi Masjid al-Falah USJ 9, 1206 5010 009005 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan meletakkan di Ref (rujukan): Kebajikan.

Sekian. Terima kasih.

Haji Abdullah Sani
Ketua
Al-Falah Care USJ 9

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.