
[Al-Falah Care USJ 9]
08 Zulhijjah 1444H
27 Jun 2023M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam, in shaa Allah.
—
Pihak Al-Falah Care USJ 9 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat terutamanya kepada ahli Al-Falah Care USJ 9 2023-2025.
Untuk aktiviti kebajikan sempena Aidiladha ini, pihak Al-Falah Care USJ 9 akan mengadakan agihan daging qurban kepada ahli Al-Falah Care USJ 9 yang akan dibantu oleh wakil-wakil sukarela yang dilantik oleh pihak AFC.
Semoga dapat memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat daging qurban, in shaa Allah.
Untuk menjadi ahli Al-Falah Care USJ 9, sila isi borang atas talian kami di http://bantuankebajikan.masjidalfalah.com. Tuan/puan akan dijemput untuk masuk ke dalam kumpulan WA AFC jika layak. Pastikan maklumat diisi tepat ya.
Ketua Al-Falah Care USJ 9 (Ketua Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9): Tuan Haji Abdullah Sani
Penasihat 1: Puan Hajah Ruhana Alias
Penasihat 2: Muhammad Hakimi Mustapai
Sukarelawan umum: Puan Saadiah, Puan Ayeen, Puan Adawiyah dan lain-lain.
Wakil-wakil kawasan: Puan Nor Azliana, En Ikhsan, Puan Faridah dan Puan Fadlina.