Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 Masjid al-Falah USJ 9

[Admin]
09 Zulkaedah 1444H
29 Mei 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-21 MASJID AL-FALAH USJ 9 BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

Assalamu’alaikum,
1) Adalah dimaklumkan bahawa Masjid Al-Falah USJ 9 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21 bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 pada hari Sabtu, 10 Jun 2023 bersamaan 21 Zulkaedah 1444H, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Fatimah Az-Zahra’.

Semua ahli kariah yang berdaftar dijemput hadir. Senarai nama ahli-ahli kariah yang berdaftar boleh dirujuk di papan putih di masjid atau secara atas talian di sini. Bagi jemaah yang belum mendaftar sebagai ahli kariah, boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Kariah di pejabat masjid.

2) Ahli-ahli kariah dialu-alukan untuk membawa sebarang usul atau cadangan. Borang usul boleh didapati di pejabat masjid dan di rak arkalik di pintu masuk utama masjid. Usul hendaklah dihantar kepada Setiausaha Masjid sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu). Pembawa usul perlu hadir pada Mesyuarat Agung.

Sekian, harap maklum. Wassalam

Hj. Mohd Khairudin bin Abd Aziz
Setiausaha
Masjid Al-Falah USJ 9

Semak nama tuan/puan sebagai ahli kariah berdaftar di ahlikariah.masjidalfalah.com!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.