Amil Fitrah di Masjid al-Falah USJ 9

[Admin]
27 Ramadan 1444H
18 April 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan Iman dan Islam.

Berikut adalah Amil Fitrah (AF) yang dilantik di Masjid al-Falah USJ 9.
1. Ustaz Mohd Zuwairi (Ketua Penolong Amil Fitrah – KPAF)
2. Ustaz Fakrol Razi (Penolong Amil Fitrah – PAF)
3. Ustaz Muhammad Hakimi (PAF)
4. Ustaz Hafizal (PAF)
5. Ustaz Hafizul (PAF)
6. Saudara Hasmi (PAF)
7. Saudara Azizul (PAF)

Operasi AF di Masjid al-Falah:
Waktu pejabat
Sebelum dan selepas solat fardhu
Manakala untuk pagi raya, bergantung kepada AF iaitu mana-mana pegawai yang ada di lokasi iaitu pegawai-pegawai yang bertugas di hari raya.

Waktu paling afdhal membayar zakat fitrah adalah pada pagi raya sebelum imam mengangkat takbir solat sunat hari raya. Namun, untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, tuan/puan dinasihatkan untuk mengambil waktu sunat iaitu dari awal Ramadan hingga ke akhir Ramadan.

Kadar zakat fitrah 1444H.
Bergantung kepada beras yang biasa dimakan.
Beras biasa (wajib) RM7.00 seorang
Beras sederhana (digalakkan) RM14.00 seorang – beras wangi, beras perang dan sebagainya
Beras mahal (digalakkan) RM21.00 seorang – beras basmathi
Boleh rujuk https://fitrah.hakiminur.com untuk maklumat lanjut.

Kaedah pembayaran zakat😐
1. Bersemuka di Masjid al-Falah USJ 9.
2. Atas talian melalui QRPay Amil Fitrah.
3. Pembayaran terus kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://fpx.zakatselangor.com.my.

In shaa Allah, selepas selesai Aidilfitri, untuk urusan permohonan bantuan zakat, boleh berhubung dengan Amil Kariah (AK) yang bakal diumumkan nanti.

Teruskan menyumbang untuk program-program kebajikan kami di:
Bank Islam Malaysia Berhad
Masjid Al-Falah USJ 9
1206 5010 009005
Ref: Kebajikan
Terima kasih.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.