[Al-Falah Care USJ 9]
29 Syaaban 1444H
22 Mac 2023M
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam sihat walafiat dan sentiasa dalam kemanisan iman dan Islam in shaa Allah.
—-
Pihak Al-Falah Care USJ 9 akan menganjurkan program agihan sumbangan kepada ahli dalam senarai kebajikan kami untuk ringankan beban mereka di dalam bulan Ramadan yang bakal menjelang. Sumbangan kepada mereka adalah dalam bentuk barangan keperluan asas dan bantuan tunai serta sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim dan OKU.
JARIAH RAMADAN 1444H
01 April 2023M / 10 Ramadan 1444H
Foyer utama, Masjid al-Falah USJ 9
Jika tuan/puan ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun operasi Masjid al-Falah seperti di bawah:
Bank Islam Malaysia Berhad
Masjid al-Falah USJ 9
1206 5010 009005
Ref: Kebajikan
Kami ucapkan terima kasih atas sumbangan tuan/puan dan kami doakan tuan/puan dikurniakan rezeki berlipat kali ganda dengan sebab sumbangan tuan/puan.
Semoga Ramadan yang bakal menjelang, menjadi tiket untuk kita menjadi ahli syurga, in shaa Allah.
https://masjidalfalah.com/…/program-jariah-ramadan-1444h/
Jika tuan/puan mengetahui mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan selepas ini, boleh cadangkan mereka untuk mengisi borang atas talian kami, https://bantuankebajikan.masjidalfalah.com
SENARAI NAMA PENERIMA (ASNAF LZS)
[table “11” not found /]SENARAI NAMA PENERIMA (KELUARGA MISKIN)
[table “12” not found /]SENARAI NAMA PENERIMA (MUALAF)
[table “13” not found /]SENARAI NAMA PENERIMA (ANAK YATIM)
[table “10” not found /]SENARAI NAMA PENERIMA (OKU)
[table “14” not found /]